Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Thursday, November 10, 2011

Hari Terbuka KTC 2011: STARIA



     SKUDAI – Pada 21 -23 November 2011 telah diadakan program hari terbuka kolej tuanku Canselor 2011 atau dikenali STARIA, Karnival Pelestarian alam, keselamatan dan kesihatan. Karnival tersebut diadakan di sekitar kawasan kolej dan S01 KTC. Tema STARIA ini amat bertepatan dengan saranan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Zaini Ujang yang amat menekankan pelesatarian alam di sekitar UTM. Pengarah program tersebut iaitu saudara Mohamad Syafiq Rahman berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

     Objektif karnival ini diadakan ialah untuk memupuk amalan murni di kalangan warga kolej mengenai pelestarian alam, keselamatan dan kesihatan di UTM. Selain itu, karnival ini merupakan platform warga kolej KTC menjalinkan hubungan erat sesama meraka mahupun pihak luar. Karnival yang diadakan ini berkonsep hari terbuka dimana semua warga UTM turut dijemput hadir memeriahkan karnival ini.

     Program ini turut melibatkan kumpulan ICON iaitu persatuan berdaftar bawah kementerian belia dan sukan Malaysia, KBS . Mereka mencari, menggilap dan menonjol bakat yang ada pada seseorang belia itu. ICON turut membuka booth pameran dan juga mengadakan pelbagai persembahan sepanjang program tersebut.

     Selain itu, gerai jualan turut dibuka dimana pelbagai jualan makanan dan barangan kering di tapak karnival. Pelabgai aktiviti diadakan sepanjang karnival tersebut seperti cucian amal oleh kelab smartcamp, rewang, u-robik, derma darah dan malam bakat. Turut diadakan Street Soccer,”cari menantu”, kursus sembelihan ayam dan cabaran pc games pada hari tersebut. Manakala firedrill diadakan dengan kerjasama dari pihak bomba taman universtiti dan pihak pusat kesihatan serta keselamatan UTM.

     Sambutan meriah oleh warga kolej sepanjang karnival terutama pada malam perasmian dimana kemuncak bagi program ini yang dirasmikan oleh pengetua KTC, P.M. Dr. Yahya bin Buntat. Turut hadir pada malam itu felo dan juga pembantu felo serta pengerusi jawatankuasa koleh mahasiswa, JKM KTC, saudara Hafiz Idris. .
     Jamuan makan diadakan selepas tamatnya perasmian tersebut. “terima kasih diucapakan kepada semua AJK penggerak dan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini dari awal hingga akhir, tanpa anda semua karnival ini tidak akan berjaya”, kata pengarah STARIA, Mohamad Syafiq Rahman .









Friday, September 23, 2011

Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) KTC 2011


         

        Pada 4-10 september lepas telah berlangsungnya Minggu Transformasi Mahasiswa(MTM), Universiti Teknologi Malaysia. Di Kolej Tuanku Canselor(KTC) hampir seramai 300 orang mahasiswa baru telah mendaftarkan diri mereka pada 4 september tersebut iaitu pada hari ahad. Segala urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Walaupun kemeriahan suasana hari raya masih terasa namun mereka masih mampu menghadirkan diri di UTM.Keseronokan jelas terpancar pada wajah mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.





     
  MTM merupakan minggu berbentuk orientasi mahasiswa baru dimana objektifnya membimbing mereka sepanjang minggu tersebut untuk menyesuaikan diri dalam suasana kampus. Pelbagai pengisian yang menarik dan berguna diadakan kepada mahasiswa baru sepanjang minggu tersebut yang telah dirancang oleh pihak universiti.




                    
            Seramai 25 orang krew KTC yang terlibat dalam MTM tersebut. Saudara Shah Izat, Ketua operasi KTC berjaya melaksanakan tugasan beliau sebaiknya dalam minggu tersebut. Beliau berharap semua mahasiswa baru pandai berdikari dalam suasana baru kerana mereka sendiri sebagai seorang intelektual harus bijak menyesuaikan dalam apa jua keadaan sekali pun.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...