Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Thursday, November 10, 2011
Hari Terbuka KTC 2011: STARIA
SKUDAI – Pada 21 -23 November 2011 telah diadakan program hari terbuka kolej tuanku Canselor 2011 atau dikenali STARIA, Karnival Pelestarian alam, keselamatan dan kesihatan. Karnival tersebut diadakan di sekitar kawasan kolej dan S01 KTC. Tema STARIA ini amat bertepatan dengan saranan Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Zaini Ujang yang amat menekankan pelesatarian alam di sekitar UTM. Pengarah program tersebut iaitu saudara Mohamad Syafiq Rahman berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.
Objektif karnival ini diadakan ialah untuk memupuk amalan murni di kalangan warga kolej mengenai pelestarian alam, keselamatan dan kesihatan di UTM. Selain itu, karnival ini merupakan platform warga kolej KTC menjalinkan hubungan erat sesama meraka mahupun pihak luar. Karnival yang diadakan ini berkonsep hari terbuka dimana semua warga UTM turut dijemput hadir memeriahkan karnival ini.
Program ini turut melibatkan kumpulan ICON iaitu persatuan berdaftar bawah kementerian belia dan sukan Malaysia, KBS . Mereka mencari, menggilap dan menonjol bakat yang ada pada seseorang belia itu. ICON turut membuka booth pameran dan juga mengadakan pelbagai persembahan sepanjang program tersebut.
Selain itu, gerai jualan turut dibuka dimana pelbagai jualan makanan dan barangan kering di tapak karnival. Pelabgai aktiviti diadakan sepanjang karnival tersebut seperti cucian amal oleh kelab smartcamp, rewang, u-robik, derma darah dan malam bakat. Turut diadakan Street Soccer,”cari menantu”, kursus sembelihan ayam dan cabaran pc games pada hari tersebut. Manakala firedrill diadakan dengan kerjasama dari pihak bomba taman universtiti dan pihak pusat kesihatan serta keselamatan UTM.
Sambutan meriah oleh warga kolej sepanjang karnival terutama pada malam perasmian dimana kemuncak bagi program ini yang dirasmikan oleh pengetua KTC, P.M. Dr. Yahya bin Buntat. Turut hadir pada malam itu felo dan juga pembantu felo serta pengerusi jawatankuasa koleh mahasiswa, JKM KTC, saudara Hafiz Idris. .
Jamuan makan diadakan selepas tamatnya perasmian tersebut. “terima kasih diucapakan kepada semua AJK penggerak dan semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini dari awal hingga akhir, tanpa anda semua karnival ini tidak akan berjaya”, kata pengarah STARIA, Mohamad Syafiq Rahman .
Tuesday, April 26, 2011
Jamuan Akhir Sem-2
sambutan hari lahir ME,MT dan exco
Sahabat semua lama menyepi. Hari ini saya nak post tentang jamuan akhir sem-2 JKM KTC 2011 baru-baru ini. ME, MT dan EXCO terlibat dalam jamuan makan-makan. Terima kasih banyak-banyak kepada main sponsor. Ini sempena berakhirnya sem-2 serta sebelum cuti panjang bermula. Disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli JKM KTC.
Antara aktiviti pada malam tersebut ialah 'Semanis Racun,Seindah Janji'. Permainan yang diketua oleh saudara Hafiz Idris. Ramai yang terpilih untuk memegang program-program untuk sem akan datang dan tahniah diucapakan kepada pengarah-pengarah program tersebut. Anda orang yang bertuah dan terpilih.
Antara kata-kata pengerusi JKM KTC 2011, Saudara Hafiz bin Idris "Alhamdulillah,majlis jamuan JKM KTC 2011 untuk sem ini berjaya di laksanakan dengan jaya nya. Terima Kasih di ucapkan kepada ahli jawatnkuasa yang telah menjalankan tanggungjawab dengan baik..Good luck 4exam untuk semua".
Semoga kita berjumpa lagi pada sem akan datang dengan semangat dan azam yang baru bersama junior-junior yang baru.
p/s: gambar di fb klik sini

Subscribe to:
Posts (Atom)