Showing posts with label Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Sunday, September 25, 2011

JKM KTC 2011





Friday, September 23, 2011

Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) KTC 2011


         

        Pada 4-10 september lepas telah berlangsungnya Minggu Transformasi Mahasiswa(MTM), Universiti Teknologi Malaysia. Di Kolej Tuanku Canselor(KTC) hampir seramai 300 orang mahasiswa baru telah mendaftarkan diri mereka pada 4 september tersebut iaitu pada hari ahad. Segala urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Walaupun kemeriahan suasana hari raya masih terasa namun mereka masih mampu menghadirkan diri di UTM.Keseronokan jelas terpancar pada wajah mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.





     
  MTM merupakan minggu berbentuk orientasi mahasiswa baru dimana objektifnya membimbing mereka sepanjang minggu tersebut untuk menyesuaikan diri dalam suasana kampus. Pelbagai pengisian yang menarik dan berguna diadakan kepada mahasiswa baru sepanjang minggu tersebut yang telah dirancang oleh pihak universiti.




                    
            Seramai 25 orang krew KTC yang terlibat dalam MTM tersebut. Saudara Shah Izat, Ketua operasi KTC berjaya melaksanakan tugasan beliau sebaiknya dalam minggu tersebut. Beliau berharap semua mahasiswa baru pandai berdikari dalam suasana baru kerana mereka sendiri sebagai seorang intelektual harus bijak menyesuaikan dalam apa jua keadaan sekali pun.




JKM KTC 2011

Barisan Kepimpinan Jawatakuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tuanku Canselor UTM 2011
                                                          






Wednesday, January 26, 2011

Lagu Tema Sahabat KTC



SAHABAT
Ingin aku,  Singkap kembali
Kenangan lama, Agar bersemi
Ingin ku ulangi, Kisah manis
Agar terus, Bersemadi.

Ingatlah aku , Sebagai  rakanmu
Kenanglah aku, Dalam doamu
Begitu indahnya, Kisah dahulu
Engkau sebagai, Temanku.

Apabila, Engkau terjaga
Satukanlah, Harapanku
Denganmu, Kerana ianya
Bakal berpadu,Mimpi
Si penunggu yang setia.
****************
Layarkanlah, Impian doamu,
Sesungguhnya aku,
Masih mengingatimu,
Sebagai kawan,rakan dan teman,
Semoga kita, di berkati Allah.
Ku doakan,kepadamu,
Agar bahagia,
Didunia dan Akhirat.



Logo Sahabat KTC


            
                                                                         TANGAN
Melambangkan warga KTC yang prihatin, proaktif serta berbudaya endah


  SAHABAT
Semua mahasiswa di Kolej Tuanku Canselor adalah sahabat rakan dan teman yang sentiasa sedia untuk membantu dan menyokong antara satu sama lain.


    LOGO UTM
Sahabat KTC sentiasa menuju kearah matlamat dan visi universiti


WARNA KUNING
Warna kemegahan KTC yang melambangkan kecemerlangan dan kejayaan.


JERIS
Jasmani, Emosi , Rohani , Intelek dan Sosial. Melahirkan mahasiswa yang seimbang dari semua aspek.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...