Friday, September 23, 2011

Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) KTC 2011


         

        Pada 4-10 september lepas telah berlangsungnya Minggu Transformasi Mahasiswa(MTM), Universiti Teknologi Malaysia. Di Kolej Tuanku Canselor(KTC) hampir seramai 300 orang mahasiswa baru telah mendaftarkan diri mereka pada 4 september tersebut iaitu pada hari ahad. Segala urusan pendaftaran berjalan dengan lancar. Walaupun kemeriahan suasana hari raya masih terasa namun mereka masih mampu menghadirkan diri di UTM.Keseronokan jelas terpancar pada wajah mereka untuk meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.





     
  MTM merupakan minggu berbentuk orientasi mahasiswa baru dimana objektifnya membimbing mereka sepanjang minggu tersebut untuk menyesuaikan diri dalam suasana kampus. Pelbagai pengisian yang menarik dan berguna diadakan kepada mahasiswa baru sepanjang minggu tersebut yang telah dirancang oleh pihak universiti.




                    
            Seramai 25 orang krew KTC yang terlibat dalam MTM tersebut. Saudara Shah Izat, Ketua operasi KTC berjaya melaksanakan tugasan beliau sebaiknya dalam minggu tersebut. Beliau berharap semua mahasiswa baru pandai berdikari dalam suasana baru kerana mereka sendiri sebagai seorang intelektual harus bijak menyesuaikan dalam apa jua keadaan sekali pun.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...