Sunday, February 13, 2011

Malam Penghargaan Anugerah Bintang Canselor 2010

JOHOR BAHRU 12 FEB.- Kolej Tuanku Canselor,KTC telah mengadakan Malam Penghargaan Anugerah Bintang Canselor,ABC 2010 di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengetua KTC iaitu Prof. Madya Dr. Yahya Bin Buntat.



                                                          Majlis perasmian oleh pengetua


            Pengarah majlis ini disandang oleh saudara Lam Chee Leong. Majlis yang bermula pada 9 malam itu turut dimeriahkan oleh VIP dari Alumni, staff-staff UTM serta wakil kolej-kolej lain. Merah, hitam dan putih menjadi tema pilihan pada malam tersebut. Ini merupakan program pertama anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa KTC untuk tahun 2011.

 

                                                          Sebelum ke dalam dewan                                                 



                                                               Anugerah putera arjuna
                                                         
  
                                                                        Nyanyian band                                                                          

 
                                                       Pemenang cabutan bertuah telefon bimbit


       Objektif majlis tersebut adalah untuk memberi penghargaan khasnya kepada pelajar tahun akhir KTC yang telah banyak memberi sumbangan kepada kolej sepanjang mereka menetap di KTC. Pelbagai anugerah yang dipertandingkan pada malam tersebut seperti anugerah akademik cemerlang, anugerah khas pengetua dan anugerah pelajar aktif.

     Terdapat banyak persembahan yang dipertontonkan kepada para tetamu seperti zapin, pak sugeng, silat, nasyid, live band. Terdapat juga cabutan bertuah pada malam tersebut. Salah satunya hadiah tajaan daripada pengetua ialah sebuah telefon bimbit Nokia dimana dimenangi oleh tetamu perempuan.




                                                                           Tarian Zapin



                                                                           Nasyid KTC

          
     Terima kasih diucapkan kepada semua ajk yang terlibat serta para tetamu yang hadir memeriahkan majlis tersebut. Semoga tahun mendatang majlis seperti ini terus dijalankan dan lebih meriah daripada tahun sebelumnya.

GAMBAR-GAMBAR LAIN serta di facebook pages Sahabat KTC

   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...