Perasmian KCA' 11 dan SAHABAT KTC
Pada 5-10 Mac bar-baru ini JKM KTC telah menganjurkan Program KTC Culture Assimilation 2011. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan seperti memanah, boling, "Key to heaven", malam zikrul maut dan banyak lagi. Perasmian program ini dilancarkan oleh En. Ishak bin Ahmad iaitu felo Kolej Tuanku Canselor pada 5 mac tersebut.
Pada perasmian KCA itu, pengenalan Sahabat KTC serta perasmiannya juga berlangsung pada malam tersebut. Pengarah program tersebut saudara Mohd. Ridhuan berasa bangga kerana program ini berlangsung dengan jayanya dengan bantuan ajk-ajk program. Ini merupakan program pertama beliau setelah di lantik sebagai JKM KTC pada Januari yang lepas.
Objektif program tersebut berkait rapat dengan matlamat JKM KTC 2011 iaitu membawa inovasi dan membudayakan kolej dengan budaya endah berdasarkan konsep JERIS(jasmani, emosi, rohani, intelektual, sosial ).
Tetamu yang hadir pada malam penutup
Manakala majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Zahid iaitu pengarah pusat kebudayaan UTM pada 10 mac. Majlis diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid UTM di Dewan Astana KTC.
Terima kasih kepada semua ajk dan juga sahabat sekalian yang hadir memeriahkan aktiviti sepanjang program tersebut.
Penghargaan kepada PM Zahid
Forum betajuk "Budaya Hiburan"
FORUM BUDAYA:: [Budaya Hiburan]
Panelis:
-Ustaz Ismail Mustari (T.Peng Pusat Islam UTM)
-PM Dr. Zahib Deraman (Peng. Pusat Kebudayaan UTM)
-Ust. Nasir Masroom (Pensyarah FPPSM UTM)
-Pengerusi: Muhajirih Ahmad (Mantan Pres. PMIUTM)
Boling di Skudai Parade